|
4 PASUKAN ZON LEMBAH KLANG 1 & 2 KE PUSINGAN AKHIR MYFUTSAL 2009/2010 |
|
Written by Faizul Ali Anui
Tuesday, 15 June 2010 01:25 |
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur - 13 Jun lalu adalah penentu kedudukan 4 pasukan terbaik bagi MYFutsal League 2009/2010 Zon Lembah Klang yang layak ke pusingan akhir pada 23 - 25 Julai depan bertempat di RSA, Klang. Bagi Zon Lembah Klang 1 kelab Court Soccer FC mengungguli kedudukan teratas liga dengan memungut 33 mata setelah mengharungi 12 perlawanan. Turut mengekori rapat Court Soccer adalah kelab Eimanz FT dengan menampilkan 9 kemenangan, seri sekali dan tewas 2 kali dengan jumlah mata yang dipungut 28 mata. 2 kelab yang turut mara ke pusingan akhir nanti adalah kelab Yang Titans dengan pungutan mata 23 dan diekori rapat kelab Eliminator FC dengan hanya berbeza 1 mata dibelakang Yang Titans.
Bagi Zon Lembah Klang 2 pula menyaksikan HMC terus kekal berada di puncak liga dengan memungut 33 mata hasil daripada 12 perlawanan diekori A7 United ditangga kedua dengan 27 mata. Cheras Jaya FC dan FC Blonde masing-masing berada dikedudukan 3 dan 4 bagi melengkapkan kouta 4 pasukan terakhir bagi Zon Lembah Klang untuk ke pusingan akhir.
SENARAI LENGKAP KELAB YANG LAYAK KE PUSINGAN AKHIR
1. COURT SOCCER FC 2. EIMANZ FT 3. YANG TITANS FC 4. ELIMINATOR FC 5. HMC FC 6. A7 UNITED 7. FC BLONDE 8. CHERAS JAYA FC 9. RUNNER FC 10. GELOMBANG FC 11. MASTERSCAFF FC 12. DELIMA FC 13. HORNET UNITED 14. WAR`S 15 ADIQA
|