|
PERJALANAN PERLAWANAN PIALA FA ZON PANTAI TIMUR BERJALAN LANCAR |
|
Written by Administrator
Friday, 12 March 2010 09:14 |
|
|
|
|
|
Paka - Perlawanan Piala FA melibatkan 4 pasukan Zon Pantai Timur berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan sebelumnya dengan menyaksikan kelab Delima FC mengungguli carta diikuti Runner FC. Perlawanan ini diadili oleh pengadil-pengadil dari Persatuan Pengadil Bolasepak Daerah Dungun yang diketuai oleh Encik Ramli Othman dan dibantu Ramli Mat Dahan serta Mohd Kamal Abdul Rahman. Kesemua perlawanan ini diadakan di Masterscaff Indoor, Paka seawal jam 11 pagi tadi dan berakhir pada jam 5 petang.
Pada perlawanan pertama kelab Delima FC berjaya menewaskan kelab Masterscaff 6 gol berbalas 2 manakala kelab tunggal dari Kelantan Runner FC berjaya mengutip 3 mata penuh apabila menang keatas kelab Gelombang FC 4 - 2. Pertemuan diantara Runner FC dan Gelombang FC menyaksikan seorang pemain Gelombang dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya digantung 2 perlawanan berikutnya akibat kesalahan yang telah dilakukan.
Pertembungan seterusnya bagi Zon Pantai Timur akan bermula pada 9 April depan seawal jam 10 pagi mempertemukan kelab Masterscaff dan Gelombang FC diikuti Delima FC bertemu Runner FC. Kepada peminat futsal diseluruh Terengganu khususnya penduduk Dungun dijemput hadir bagi menyaksikan perlawanan ini bagi mencari slot pasukan Zon Pantai Timur ke perlawanan akhir Piala FA yang bakal berlangsung pada 5 - 6 Jun depan.
|
|
Last Updated ( Friday, 12 March 2010 09:32 )
|
Comments
RSS feed for comments to this post.