HOT NEWS
Sunday, 05 September 2010
KURSUS ASAS KEJURULATIHAN FUTSAL BIL.4
Written by Administrator    Sunday, 04 April 2010 14:36    PDF Print E-mail

Kuala Lumpur - My Futsal akan menganjurkan edisi yang ke-3 Kursus Asas Kejurulatihan Futsal pada 23 - 25 April depan bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor. Kursus ini akan dikendalikan oleh Mohd Zahidibudiman Ibrahim selaku Ketua Unit Kejurulatihan MY Futsal 2009/2010 yang bakal disertai seramai 30 orang. Setakat ini MY Futsal telah melahirkan seramai 42 orang jurulatih pada edisi pertama pada 18 - 21 Mac 2009, 26 orang jurulatih pada 30 - 31 Januari 2010 dan yang terbaru diadakan pada 18 - 20 Februari lalu yang disertai seramai 12 orang. MY Futsal mensasarkan bakal melahirkan seramai 200 orang tenaga jurulatih futsal terlatih di Malaysia pada tahun ini dan mereka ini akan ditawarkan untuk menjadi sebahagian jurulatih berdaftar dibawah kendalian Vikings Futsal Malaysia yang dilantik oleh Vikings Futsal Association Inc berpangkalan di Australia baru - baru ini.

Bagi menjamin masa depan jurulatih - jurulatih ini, Vikings Futsal Malaysia akan menyerap jurulatih - jurulatih kedalam program akar umbi yang akan memulakan program pertamanya di Malaysia menjelang Mei depan. Sasaran pertama bakal pelatih yang menyertai akademi Vkings Futsal Malaysia adalah seramai 200 orang dan tumpuan akan tertumpu di Lembah Klang serta Kuching, Sarawak sebagai permulaan dan akan dikembangkan keseluruh Malaysia bermula November ini secara berperingkat. Kepada individu yang berminat menyertai kursus ini boleh menghubungi En. Faizul Ali Anui ditalian 019-7118433, 019-7518433 atau emailkan permohonan anda ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it sebelum atau pada 16 April (Jumaat). Yuran pendaftaran bagi menyertai kursus ini adalah sebanyak RM350 termasuk makan, minum, nota dan baju-t kursus. Penginapan dan pengangkutan adalah dibawah tanggung jawab peserta sendiri sepanjang menyertai kursus ini.

SYARAT DAN PERATURAN

KURSUS ASAS KEJURULATIHAN FUTSAL

MY FUTSAL LEAGUE 2009 / 2010 BIL.4

  1. PENGENALAN

 

1.1.                         MY Futsal adalah program khusus dalam mengadakan program sukan futsal pertama di Malaysia. Antara program yang terlibat adalah seperti penganjuran liga, kursus, seminar, perundingan, pemasaran, pentadbiran dan sebagainya yang berkaitan dengan sukan futsal. MY Futsal di uruskan oleh Zone Event Mangement dan MY Futsal juga berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (My IPO) pada tahun 2009. My Futsal kini menganjurkan kejohanan liga futsal belia kebangsaan sejak tahun 2009 lalu bermula pada 15 Mac - 3 Mei Musim Pertama disusuli musim kedua bermula pada 6 Disember 2009 - 16 Julai 2010. Sepanjang tempoh ini juga MY Futsal telah menganjurkan 3 edisi Kursus Asas Kejurulatihan Futsal dan melahirkan seramai 80 orang jurulatih di seluruh Malaysia termasuk Sarawak.

 

1.2.                         Penyertaan bagi menyertai kursus ini adalah terbuka kepada warganegara yang berumur 35 tahun kebawah dan sihat tubuh badan. MY Futsal mensasarkan akan melahirkan seramai 200 orang jurulatih bagi tahun 2010 disamping membantu negara mencari pemain - pemain berkualiti bagi membawa cabaran negara menyertai kejohanan diperingkat antarabangsa seterusnya memperbaiki kedudukan Malaysia di ranking dunia. 

 

  1. SYARAT PENYERTAAN

 

2.2                           Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 35 tahun kebawah lelaki dan wanita.

 

2.3.                         Setiap peserta mestilah sihat tubuh badan.

 

2.4.                         Peserta juga mesti mempunyai pasukan sendiri.

 

2.5.                         Setiap peserta diwajibkan membawa bola futsal sendiri ketika menghadiri kursus.

 

2.6.                         Tatacara pemakaian semasa tempoh kursus adalah seperti :

 

2.6.1          Set latihan sebagai seorang pemain bagi aktiviti praktikal di gelanggang.

 

2.6.2          Pemakaian baju-t berkolar dan seluar track bottom serta kasut sukan diwajibkan semasa menghadiri kelas teori.

 

2.6.3          Setiap peserta wajib menyediakan lebih dari 1 set pakaian latihan praktikal dan kelas teori.

 

2.6.4          Tatacara pemakaian hendaklah sentiasa kemas dan berdisiplin.

 

2.6.5          Pemakaian sandle, selipar, kasut kulit dan boot adalah dilarang sama sekali.

 

2.7.                         Segala bayaran yang telah dibuat dikira hangus sekiranya peserta ingin menarik diri setelah mendaftar sebagai peserta kursus. Yuran berkenaan di kira sebagai bayaran ganti rugi kepada pihak penganjur jika peserta menarik diri pada saat akhir tanpa sebarang notis.

 

2.8.                         Pihak penganjur berhak meminda atau membatalkan penganjuran kursus ini jika perlu pada bila – bila masa dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

 

2.9.                         Setiap peserta akan menerima sijil kursus dalam tempoh 60 hari dari tarikh tamat kursus atau kurang. Setiap peserta layak menerima 1 keping sijil penyertaan sahaja yang disahkan oleh Instruktor dan pihak penganjur.

 

2.10.                      Segala kandungan syarat dan peraturan menyertai kursus ini boleh dipinda pada bila-bila masa jika perlu.

Last Updated ( Sunday, 04 April 2010 16:30 )
 

Comments  

 
0 #9 Zulkifli mohamad 2010-07-19 13:49
saya juga berminat dengan kejurulatihan ini
Quote
 
 
0 #8 ase 2010-06-21 09:32
Salam,

bila lagi kursus akan diadakan? berminat
Quote
 
 
0 #7 Fadillah Bin Ibrahim 2010-06-18 06:12
Futsal Coaching Course Level 1 @ KL, 1-4 Nov.
Sy brminat nak attend course, mcmane nak join n reqiremnts?
Quote
 
 
0 #6 cay 2010-04-28 18:02
cmane saya nk dptkan borang penyertaan???sy btul2 bminat utk myertai kursus ni....
saya dr pasukan futsal ATM wanita...plz info me
Quote
 
 
0 #5 cay 2010-04-28 17:59
macam mane saya nk dapatkan borang penyertaan....????saya bminat untuk menyertai kursus asas kejurulatihan ni,,,
plz info me....
Quote
 
 
0 #4 Faizul Ali Anui 2010-04-19 03:40
Salam ...

Kpd safuan dan sani pihak kami akan emailkan kpd anda pada hari ini. Tq
Quote
 
 
0 #3 pecal 2010-04-14 01:38
sila emailkan permohonan anda kepada urusetia ... sila ke contacts columm
Quote
 
 
0 #2 Sani 2010-04-06 04:50
Salam.

Bole email pada saya borang penyertaan. Di mana saya perlu hantar borang & bayaran nanti

Terima kasih
Quote
 
 
0 #1 mohd safuan omar 2010-04-05 16:23
cmner nk register nye???
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh