|
SAIFUNNIZAM SAH TERAJUI BUCEROS |
|
Written by Administrator
Tuesday, 08 December 2009 13:29 |
|
|
|
|
|
Khabar gembira buat pasukan Coneli Buceros hadir awal pagi ini apabila secara rasminya "caretacker" pasukan - Saifunnizam Sam telah dilantik sebagai pengurus merangkap ketua jurulatih baru sekaligus mengisi kekosongan kerusi hangat yang ditinggalkan oleh Nurhafiszal sebelum ini.
Pengarah Operasi Coneli Buceros, Encik Abdul Rahman Awang berkata perlantikan Saifunnizam adalah tepat pada masanya ketika pasukan Buceros menagih khidmat seorang ketua bagi merencanakan hala tuju pasukan.

"Saya telah mendapat panggilan daripada pemilik yang juga pengerusi pasukan, Encik Lesley Lau yang masih beradi di Guangzhou China menyatakan tentang perlantikan Saifunnizam sebagai pengurus merangkap ketua jurulatih Buceros berkuatkuasa hari ini juga (23 Nov) setelah menilai prestasi pasukan semasa dibawah jagaan beliau (Saifunnizam)." ujar Abdul Rahman apabila ditanya lanjut mengenai perlantikkan pengurus baru itu.
"Sebagai pengurus dan juga ketua jurulatih, Saifunnizam akan diberikan kuasa penuh untuk menguruskan hal-hal berkaitan pasukan, pegawai dan pemain Coneli Buceros dan pihak lembaga pengarah Buceros berharap Saifunnizam dapat menjalankan tugasnya dengan baik serta dapat membawa pasukan Coneli Buceros ke tahap yang lebih tinggi."
"Saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada Saifunnizam dan teruskanlah usaha memperkasakan Buceros di arena futsal negara ini." tambah Abdul Rahman Awang menamatkan sesi temubual.
Dengan pengumuman rasmi tersebut maka tamatlah spekulasi mengenai siapa pengurus merangkap ketua jurulatih baru pasukan Coneli Buceros yang bertiup kencang selama ini dan diharap selepas ini pasukan Buceros akan kembali ke landasan yang betul dalam saingan MyFutsal 2009/10 nanti.
|