|
HMC DEUNAMYST MASIH BELUM ADA PENAJA |
|
Written by Administrator
Tuesday, 08 December 2009 13:19 |
|
|
|
|
|

Kuching (27 Ogos 2009) - Walaupun tarikh tutup untuk LFBK tinggal beberapa hari lagi namun HMC Deunamyst masih belum lagi mempunyai penaja bagi membiayai kos pengurusan pasukan mereka sepanjang liga itu nanti.
Menurut jurucakap pasukan, Encik Hafiz menyatakan bahawa sehingga kini masih belum ada organisasi yang tampil untuk menaja pasukan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.
"Kita telah berbincang dengan beberapa syarikat tempatan mengenai penajaan namun setakat ini tiada satupun yang menyatakan minat untuk membantu kami mengharungi LFBK yang dijadualkan pada 15 November nanti."
"Kami benar-benar berharap akan ada pihak yang ingin membantu Deunamyst dan kami akan tetap bersaing dalam LFBK walaupun terpaksa mengorbankan wang kami sendiri. Cuba yang kami risaukan ialah kos yang akan meningkat sehingga mungkin pada satu tahap tidak dapat ditanggungi oleh pemain dan pegawai Deunamyst" kata Hafiz lagi.
"Sungguhpun demikian kami tidak akan berputus asa untuk mencari penaja bagi pasukan kami ini. selagi masih belum tarikh tutup LFBK, selagi itulah Deunamyst akan terus mencari dan berbincang dengan mana-mana organisasi bagi mendapatkan tajaan.: ujarnya menamatkan perbualan.
|