HOT NEWS
Sunday, 05 September 2010
"PERMULAAN YANG BAIK" - LESLEY
Written by Administrator    Tuesday, 08 December 2009 13:12    PDF Print E-mail

Presiden Coneli Buceros, Encik Lesley Lau berkata keputusan seri 1-1 menentang FC Eighties pada perlawanan pembukaan Myfutsal Zon Borneo adalah satu permulaan yang baik.

Beliau yang dilihat menyaksikan perlawanan tersebut ditemani keluarganya menyifatkan perlawanan Coneli Buceros dengan FC Eighties agak sengit dan menghiburkan. "Saya sedar Buceros berhadapan dengan pasukan yang berpengalaman dan dibarisi pemain-pemain yang hebat, sungguhpun demikian pujian harus saya berikan kepada ketua jurulatih, pegawai dan pemain-pemain Coneli Buceros kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan seawal separuh masa pertama."

"Pemilihan Adzlan Khan sebagai pemain buceros juga satu keputusan bijak oleh Saifunnizam dan dia (Adzlan) telah membalas kepercayaan pengurusan Buceros dengan menjaringkan gol penyamaan sekaligus menghadiahkan 1 mata berharga buat pasukan selain pemain-pemain Buceros yang lain turut menunjukkan semangat berpasukan yang bagus sepanjang perlawanan tadi"

"Secara keseluruhannya ini merupakan satu permulaan yang baik buat Buceros dan saya berharap kita dapat meneruskan konsistensi pasukan sepanjang pusingan pertama Myfutsal, sungguhpun demikian, mereka (Buceros) perlu memperkemaskan barisan serangan kerana saya nampak banyak peluang untuk menjaringkan gol disia-siakan begitu sahaja dan kalau dibiarkan ianya boleh merugikan pasukan."

 

Add comment


Security code
Refresh