|
RSP KL AIRBASE DAN UNITAR 5A`s DIGANTUNG 2 TAHUN |
|
Written by Administrator
Tuesday, 08 December 2009 13:28 |
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR - 2 pasukan Zon Lembah Klang iaitu RSP KL Airbase dan Unitar 5A`s digantung 2 tahun daripada menyertai Liga Futsal Belia Kebangsaan kerana gagal menyertakan senarai lengkap Borang Pendaftaran T1 serta yuran pendaftaran yang telah disyaratkan oleh Jawatan Kuasa Futsal (JKF). Kegagalan kedua-dua pasukan ini menjadi pengajaran buat pasukan lain yang ingin menyertai LFBK bagi musim berikutnya agar sentiasa menitik beratkan aspek mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh JKF. Berikutan itu juga, 1 pasukan yang telah menjelaskan yuran juga bakal menerima tindakkan yang sama beserta denda RM1,000 akibat kegagalan menyerahkan senarai lengkap Borang Daftar T1 dan Daftar Pemain C2 kepada JKF seperti yang disyaratkan. JKF semalam telah memberikan tempoh sehingga jam 5 petang ini untuk pasukan berkenaan menyerahkan segala butiran yang diperlukan JKF.
Jika gagal tindakkan akan diambil oleh JKF sebagai hukuman kepada kesalahan yang telah dilakukan mengikut lunas Takrif dan Tafsiran Liga Futsal Belia Kebangsaan 2009/2010. Begitu juga kepada pasukan-pasukan lain yang telah diarahkan untuk mengemaskini semua borang-borang pendaftaran yang tidak lengkap.
|